♥ nADieRa SunDara ♥


♥ PUAN PUTERi Di LADANG SENDiRi ♥

5 DATANG MENGADAP
♥ Seorang gadis yang suka bergelak tawa. ♥
♥ Anak bongsu dalam keluarga. ♥
♥ Sangat mengada-ngada dalam blognya. ♥
♥ Suka 'pose' gila-gila depan kamera tanpa mengira jenama. ♥
.
.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers



♥ KERABAT ISTANA YANG CERIA ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
.
TeRiMa KaSih sAHaBat dUNia aKHirAt

♥ Wednesday 16 May 2012 ♥

Glitter Words 

Hai si cantik rupawan sekalian. Hari nih aku bersemangat nak update entri berkaitan dengan Hari Ibu yang dah beralu beberapa hari lepas, dan jugak Hari Lahir ibunda tercinta aku pada hari nih. :) Kalau ikut-ikutkan kalendar, memang dua hadiah lah yang aku kena sedia kan. Tapi memandangkan aku merujuk kepada poket sendiri, maka 1 hadiah je lah yang dapat aku anugerahkan kepada mak aku. Ngee~

O.okeh. Macam yang korang tahu lah, 13 MEI lepas, semua orang sibuk curi tulang masa untuk ke kedai bunga sebab nak belikan pasu jambangan bunga untuk mak,ibu,mama atau umi masing-masing. Seketul sebijik macam aku. :) Meh nak give me 5 sikit meh. 

Aku pun sempat jugak merempit dan singgah di kedai bunga petang tu. Aku beli Tapi tak lah sampai besar sarang tebuan saiznya. Ala kadar je. Alaahhh. Ikut ekonomi semasa lah kata kan. Ngeee~

Walau pun harga nya tak lah mahal sangat. Oh! Tapi bunga tu memang terbaik lah aku cakap. Dengan gendut gemuk bukan main saiznya. Peeehhh! Sampai tersenyum sedepa mak aku dibuatnya. Haaiihh bunga ros. Bukan main lagi kau ya? :) Jeles pulak aku tengok mak aku asyik peluk kau je. Aku dapat 1 pelukkan je. Ngee~

ILOVEYOU MAK :)
TERIMA KASIH YA ALLAH :)
Di kesempatan yang ada nih, aku nak ucapkan SELAMAT HARi iBU dan SELAMAT HARi JADi kepada ibunda yang tercinta. :') Adik sayang mak dunia akhirat. Adik mintak maaf kalau ada perbuatan atau perlakuan adik yang menyinggung perasaan mak. :') Terima kasih sebab jaga adik dari kecik sampai besar macam sekarang. Adik seronok dapat mak yang cantik rupawan dan baik hati macam mak. :') Adik doakan mak panjang umur. Murah rezeki. Adik nak mak terus teman kan adik di hari-hari bahagia yang bakal menjelang. :') Dan adik nak mak tahu yang adik akan jaga mak sampai ke ahir hayat adik :') iLOVEYOUMAK  :')



"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 ibuku, berkatilah dia, sihatkan lah dia, murahkan lah rezekinya, panjangkanlah usianya, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah dia, Aminn
yarabillialamin. ..."


Kepada semua readers, aku harap korang boleh turut berdoa supaya mak aku terus sihat sejahtera dan sentiasa berbahagia di samping aku dan sanak saudara yang lain. Terima kasih :')


baaaiiii!~

Labels:

13 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥

♥ Thursday 10 May 2012 ♥

Glitter Words

Hai readers! Semangat aku berkobar lagi nak update entri malam nih. Kali nih, aku nak berkongsi satu cerita berkaitan adik dan abang yang sangat sedih meleleh dengan korang semua. Berbaldi jugak lah air hidung mata aku yang tertanggal gugur selepas baca entri nih. Korang baca lah pulak ya? Tapi sebelum baca tu, bagi sesiapa yang ada lemah jantung hati lembut nan mudah tersentuh, sila sediakan kain buruk tisu dulu ya? 

O.okeh. Sebelum apa-apa. Aku nak bagitau sikit lah ye? Cerita nih bukan cerita hidup aku okeh? Aku cuma share sahaja. :) Selamat membaca. 


SUMBER : TANTE GOOGLE :)
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada  satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg ko makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
 

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,

Adik.”


Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…
 

"Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku
untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..





 1. Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
 2. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
 3.Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
 4.Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
 5.Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
 6.Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
 7.Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
 8.Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

KEPADA AWAK YANG SAYANG ABANG :')
Okeh lah. Berakhir sudah satu cerita yang boleh membuka mata kita semua mengenai seorang lagi insan yang amat bermakna dalam hidup kita. Mungkin ada yang tak sedar betapa bermaknanya 'abang' dalam kehidupan mereka. Bagi awak-awak yang selalu bergaduh dengan abang, cepat-cepat buat baik balik yee. Kalau bukan di waktu dah besar panjang, dia menunjukkan kasih sayang nya terhadap awak, tapi ingatlah bahawa abang selalu menjadi hero di waktu kecil awak :') terima kasih abang!

Bai readers! :)

Labels: ,

16 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥

KOREA :)

♥ Thursday 3 May 2012 ♥

Glitter Words








Hai readers yang cantik manis sekalian. Macam mana? You all sihat? Harap-harap you all sihat sejahtera lah ya? :) Eeemmm. Untuk pengetahuan awak-awak sekalian, ibunda tercinta aku baru ja balik dari KOREA beberapa hari lepas. Alhamdulillah. Perjalanan pergi dan balik, selamat seperti yang didoakan. Terima kasih ya ALLAH. 

O.okeh. Untuk tu, meh aku nak kongsikan beberapa keping gambar bahagia ibunda tercinta,sewaktu di KOREA :) Gambar nih di upload untuk berkongsi kegembiraan yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya. Jangan pulak you all menangis sebab tak dapat ke sana ya? Takut nanti, aku pun menagis sama. Hahaha. Untungnya jadi mak kan? :) Siapa nak jadi mak lepas baca entri nih, boleh cepat-cepat pergi khusus kahwin ya? Hahaha. Lepas dah jadi mak selama lebih kurang 30tahun, boleh lah anak bawak mak jelajah dunia. InsyaAllah. :) Ammiiinnn. 


Hotel penginapan. Nanti Rajin-rajin,boleh lah korang GOOGLE hotel nih ya? Mana lah tahu,rezeki korang pulak nak ke sana. :)
Ecehhh. Comel betul mak aku nih. Ngeee~
Ski pulak mak aku nih. Jeles weh! Aduhaii~ :)
Haaa. Korang nampak apa aku nampak? Dekat Korea pon ada signboard Bahasa Melayu okeh? :)
Nih menipu sangat lah kalau korang cakap tak jeles.. Ngeee~ Jom menangis sama-sama. :')

Aduhaaiii.. Sabar je lah kawan-kawan ye. :')
Mak. Nak ikot :') Ngee~
So swweeeeettt~ Ngeee~ :)
Masih lagi di Pulau Nami.:)
Laut ke tasik tu? Cepat teka. :)
Oh bunga sakura! :')
Subhanallah. Orang secantik bunga. :')
Tak payah cakap pon, korang dah tahu kan? Masa untuk balik! Muka penat bukan main si Nazeem nih. :)
So,macam mana? Cukup tak? Kalau tak cukup lagi, rajin-rajinlah you all ke KOREA ya? Snap sendiri banyak-banyak. Ngee~ Okeh lah readers, aku dah penat nih. Aku tidur dulu ya? Manalah tahu lepas upload photos nih, boleh mimpi sampai ke KOREA ke. Haaa. :)

See you, Bai!! :)




Labels:

26 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥





♥ BERIBU KENANGAN ♥

April 2012
May 2012
September 2013
October 2013
November 2013
January 2014
August 2014
September 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
March 2015
May 2016
August 2016
.
.




♥ MENTERI KEWANGAN YANG BUDIMAN ♥



<>