Hai si cantik rupawan sekalian. Hari nih aku bersemangat nak update
entri berkaitan dengan Hari Ibu yang dah beralu beberapa hari lepas, dan
jugak Hari Lahir ibunda tercinta aku pada hari nih. :) Kalau
ikut-ikutkan kalendar, memang dua hadiah lah yang aku kena
sedia kan. Tapi memandangkan aku merujuk kepada poket sendiri, maka 1
hadiah je lah yang dapat aku anugerahkan kepada mak aku. Ngee~
O.okeh. Macam yang korang tahu lah, 13 MEI lepas, semua orang sibuk curi tulang masa untuk ke kedai bunga sebab nak belikan pasu jambangan bunga untuk mak,ibu,mama atau umi masing-masing. Seketul sebijik macam aku. :) Meh nak give me 5 sikit meh.
Aku
pun sempat jugak merempit dan singgah di kedai bunga petang tu. Aku
beli Tapi tak lah sampai besar sarang tebuan saiznya. Ala kadar je.
Alaahhh. Ikut ekonomi semasa lah kata kan. Ngeee~
Walau pun harga nya tak lah mahal sangat. Oh! Tapi bunga tu memang terbaik lah aku cakap. Dengan gendut gemuk bukan main saiznya. Peeehhh! Sampai tersenyum sedepa mak aku dibuatnya. Haaiihh bunga ros. Bukan main lagi kau ya? :) Jeles pulak aku tengok mak aku asyik peluk kau je. Aku dapat 1 pelukkan je. Ngee~
Di kesempatan yang ada nih, aku nak ucapkan SELAMAT HARi iBU dan SELAMAT HARi JADi kepada ibunda yang tercinta. :') Adik sayang mak dunia akhirat. Adik mintak maaf kalau ada perbuatan atau perlakuan adik yang menyinggung perasaan mak. :') Terima kasih sebab jaga adik dari kecik sampai besar macam sekarang. Adik seronok dapat mak yang cantik rupawan dan baik hati macam mak. :') Adik doakan mak panjang umur. Murah rezeki. Adik nak mak terus teman kan adik di hari-hari bahagia yang bakal menjelang. :') Dan adik nak mak tahu yang adik akan jaga mak sampai ke ahir hayat adik :') iLOVEYOUMAK :')
"YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 ibuku, berkatilah dia, sihatkan lah dia, murahkan lah rezekinya,
panjangkanlah usianya, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah dia, Aminn
yarabillialamin. ..."
Kepada semua readers, aku harap korang boleh turut berdoa supaya mak aku terus sihat sejahtera dan sentiasa berbahagia di samping aku dan sanak saudara yang lain. Terima kasih :')
baaaiiii!~
Labels: FAMILI