♥ nADieRa SunDara ♥


♥ PUAN PUTERi Di LADANG SENDiRi ♥

5 DATANG MENGADAP
♥ Seorang gadis yang suka bergelak tawa. ♥
♥ Anak bongsu dalam keluarga. ♥
♥ Sangat mengada-ngada dalam blognya. ♥
♥ Suka 'pose' gila-gila depan kamera tanpa mengira jenama. ♥
.
.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers



♥ KERABAT ISTANA YANG CERIA ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
.
TeRiMa KaSih sAHaBat dUNia aKHirAt

♥ Saturday 28 February 2015 ♥

Glitter Words

Tuhan.
Terima kasih untuk sepasang tangan yang Kau datangkan.
Besar tangannya Tuhan,tapi tak pernah menyakitkan.
Besar tangannya Tuhan melindung aku dari sejuk nya hujan hujan.

Sukanya aku Tuhan.
Bila berjalan dia pegang,tak pernah dilepaskan.
Seronoknya aku Tuhan,
Walau tak sampai berapa bulan,
Jauh aku dibawa berjalan.
Gembiranya aku wahai Tuhan,
Apa yang selalu aku mahu,
Dia selalu memberi yang lebih baik dari jangkaan.

Lalai nya aku Tuhan,
Lembut dia memberi teguran.
Kadang solat yang selalu aku abaikan,
Dengan perempumaan dia,mengingatkan.

Baik mama baba nya Tuhan,
Sebaik baik insan.
Baik juga keluarga yang dia kenalkan Tuhan.
Sungguh sungguh menyenangkan.

Tuhan,
Betul kali ini,
Aku mengaku tidak tahu,
Entah kebaikan apa yang sudah aku lakukan.
Sampai Kau kirim sebesar besar tangan,
Untuk menjaga aku supaya baik dalam kesejahteraan.
Dan paling penting, 
Dengan pelan pelan,
Pimpin aku berjalan menuju Mu,
Tuhan.

Terima kasih.
Alhamdulillah.

Batu puteh,Jelapang padi

0 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥

.kenapa.

♥ Monday 16 February 2015 ♥

Glitter Words

Takkan kita faham kenapa.
Ada yang begitu cinta.
Tapi kuat melihat dari jauh saja.

Batu Puteh Jelapang Padi

0 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥

.iloveyou.

♥ Thursday 12 February 2015 ♥

Glitter Words

Selamat ulang tahun,cinta.
Awak dah 23.

Betapa tak sangkanya rasa.
Hari berganti bulan tu sekejap saja.

Dan lebih tak sangka rasanya.
Dalam beberapa bulan saja pada mereka.
Kita sebenarnya dah ke merata.
Dan dah banyak jugak benda makan yang dihadam bersama.

Saya sorry ya?
Untuk tahun ke 23,
awak tiup lilin dalam aiskrim pasu ja.
Tu pun lewat lebih sehari dua.
Sebab sekarang kan,
kita jauh sikit tak dekat serupa mula.

Harap awak bahagia,Cinta.
Dengan usaha sehabis terdaya
dan dengan hasil yang mungkin nampak tak seberapa.
Saya sorry juga untuk setiap kurang
yang mungkin masih tak lekang, dari mata.

Tapi sebelum saya terlupa,

Terima kasih arjuna.
Terima kasih yang tak terhingga.
Sebab selalu balik dari jauh untuk saya.
Lepas tu,usaha keluar rumah seawal yang terdaya
 sampai tak sempat lena,
Bengkak habis sepasang mata.

Iloveyou,Iloveyou sampai bila bila.

Batu Puteh, Jelapang Padi.

0 PENGLIPUR LARA


♥ TUKANG KOMEN DAPAT PAHALA. TUKANG CIPLAK DAPAT DOSA. ^_^ ♥





♥ BERIBU KENANGAN ♥

April 2012
May 2012
September 2013
October 2013
November 2013
January 2014
August 2014
September 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
March 2015
May 2016
August 2016
.
.




♥ MENTERI KEWANGAN YANG BUDIMAN ♥



<>